• Ronaldo kekal mahkota Pemain Terbaik FIFA

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menjulang trofi Pemain Terbaik FIFA yang menyaksikan Real Madrid mendominasi majlis anugerah di London awal pagi tadi.

    Bintang Portugal itu, yang meledak 44 gol dalam 48 perlawanan untuk kelab dan negara sepanjang tahun ini, memainkan peranan penting dalam kemenangan Real di La Liga dan Liga Juara-Juara.

    Ronaldo memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA yang julung kali diadakan tahun lalu selepas tamat kerjasama enam tahun antara FIFA dan Ballon D'Or.

    Tahun ini Ronaldo mengatasi cabaran pesaing dari Barcelona Lionel Messi dan Neymar (Paris Saint-Germain), dan bekas pemain Manchester United itu menerima trofi daripada legenda Argentina dan Brazil, Diego Maradona dan Ronaldo.
    "Terima kasih kerana mengundi saya," kata bintang Portugal itu. "Kami di England buat pertama kali dan saya memenangi anugerah berturut-turut. Ini saya menggembirakan buat saya, saya mempunyai peminat di seluruh dunia."

    Pengendali Real Zinedine Zidane mengatasi Antonio Conte (Chelsea) dan Massimiliano Allegri (Juventus) untuk Anugerah Jurulatih Terbaik.

    Kempen cemerlang Real di Sepanyol dan Eropah turut menyaksikan pemain-pemain mereka mendominasi kesebelasan terbaik FIFA yang menampilkan Ronaldo, Toni Kroos, Luka Modric, Marcelo dan Sergio Ramos.

    Pasukan itu dilengkapkan dengan Penjaga Gol Terbaik Gianluigi Buffon, Leonardo Bonucci, Dani Alves, Andres Iniesta, Messi dan Neymar.

    Anugerah berkenaan turut menyaksikan penyerang Arsenal Olivier Giroud memenangi Anugerah Puskas bagi gol terbaik 2017, manakala Belanda yang memenangi Kejuaraan Wanita Eropah 2017 mendapat pengiktirafan dengan Jurulatih Wanita Terbaik dan Pemain Wanita Terbaik menerusi Sarina Wiegman dan Lieke Martens. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Ronaldo kekal mahkota Pemain Terbaik FIFA "