• Rohani cadang pantau kegunaan internet elak gejala sosial

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    SRI AMAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyeru agar ibu bapa sentiasa memantau penggunaan internet anak-anak dari mengakses laman sesawang yang tidak sepatutnya dilihat secara terbuka.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, beliau berkata disebabkan penggunaan internet yang tidak dipantau boleh menyebabkan peningkatan masalah gejala sosial di kalangan muda remaja amnya.

    Rohani dipetik sebagai berkata, Ibu bapa perlu melakukan pemantauan terhadap masalah ini dan jangan membiarkan mereka membuka Internet secara sesuka hati kerana apa yang dipaparkan di laman sesawang boleh merosakkan pemikiran anak-anak kita.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jelajah Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) di Masjid Al-Hanna, Lingga di sini kelmarin.

    Jelasnya, setiap yang dipaparkan di laman sesawang mahupun internet boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda dan dengan itu mereka akan cenderung mencuba sesuatu yang baharu.-Sarawakiana
  • No Comment to " Rohani cadang pantau kegunaan internet elak gejala sosial "