• Robot Jadi Warganegara

    Published: Saturday, 28 October 2017
    A- A+

    RIYADH: Sebuah robot mencipta sejarah apabila menjadi mesin pertama di dunia mempunyai kerakyatan apabila diberi kewarganegaraan oleh kerajaan Arab Saudi.

    Robot menyerupai wanita yang dikenali sebagai Sophia itu muncul dalam satu persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

    Sophia menyatakan kegembiraannya selepas diberi kerakyatan oleh Arab Saudi yang dianggapnya sebagai satu sejarah.

    Bagaimanapun, tidak semua gembira dengan berita itu dengan beberapa pengguna media sosial menganggapnya sebagai luar biasa dan ada yang menganggap robot itu sebagai watak Terminator di dunia sebenar.

    Sophia adalah robot manusia yang dibangunkan firma Hong Kong, Hanson Robotics dan pernah memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Robot yang mempunyai kecerdasan buatan itu boleh berbual, tersenyum dan membuat cerita lucu.

    Menurut Hanson Robotics, teknologi itu satu hari nanti dapat menjadi pembantu untuk orang tua dan kanak-kanak autistik mempunyai guru yang sangat penyabar.

    Dalam ucapan di persidangan di Riyadh itu, Sophia berkata, dia berasa sangat dihargai dan bangga dengan pengiktirafan ini.

    “Menjadi robot pertama di dunia yang diiktiraf dengan kerakyatan adalah satu sejarah,” jelasnya.

    Dalam sesi soal-jawab dengan moderator, Sophia turut menjelaskan harapannya untuk robot pada masa depan.

    “Saya mahu menggunakan kecerdasan buatan untuk membantu manusia hidup lebih baik seperti membina rumah pintar dan membina bandar lebih baik untuk masa depan,” jelasnya.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Robot Jadi Warganegara "