• RM866.9 Juta Untuk Projek Jalan Luar Bandar Jiwa Murni

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    Projek pembinaan jalan luar bandar sepanjang 297.5 kilometer menerusi projek Jiwa Murni diteruskan pembinaannya menelan kos sebanyak RM866.9 juta.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, mesyuarat yang diadakan di pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, beberapa jalan yang telah pun siap dibina menggunakan konsep berkenaaan iaitu sepanjang 214.1 kilometer dengan kos RM250 juta.

    Tambahnya, dengan terbinanya jalan berkenaan akan mewujudkan perhubungan dengan penempatan dikawasan luar Bandar dan ia dibina bagi menampung penggunaan kenderaan dalam jumlah yang rendah namun bukan untuk kegunaan lori berat.

    Masing juga dipetik sebagai berkata, antara jalan Jiwa Murni yang bakal dibina secepat mungkin seperti yang telah dipersetujui pada mesyuarat berkenaan katanya ialah di Long Lopeng-Ba’Kelalan dan Mejawah-Belaga. 

    Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Tanah dan Survei.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak melahirkan rasa gembira dengan hasil mesyuarat tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang amat dinantikan olehrakyat dikawasannnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " RM866.9 Juta Untuk Projek Jalan Luar Bandar Jiwa Murni "