• RM1 juta Untuk Laksanakan Projek RTP Di Meradong

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    Kerajaan negeri melalui wakil rakyatnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop bersetuju mengagihkan peruntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di daerah Meradong bagi tahun 2018 kelak.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, Projek Transfomasi Luar Bandar yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dianggarkan dengan kos lebih kurang RM1 juta yang melibatkan kawasan kampung dan dan rumah panjang.

    Beliau juga yang dipetik sebagai berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi kawasan kampung dan rumah panjang di DUN Semop di bawah pentadbiran daerah Meradong.

    Abdullah berkata demikian ketika berucap merasmikan Pentas Hiburan sempena Pesta Limau Bintangor 2017, malam kelmarin.

    Tambah Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, beliau menjelaskan bahawa dalam projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah lebih kurang RM600,000 telah diperuntukkan untuk kawasan kampung dan rumah panjang bagi daerah Meradong.

    Mengulas lanjut Abdullah menyeru agar rakyat di kawasan berkenaan menyokong penuh siapa sahaja calon yang dipertandingkan di Parlimen Sarikei pada Pilihanraya Umum ke14 kelak kerana ia amat penting bagi mereka sebagai wakil rakyat yang disokong Ahli Parlimen untuk mendapatkan lebih banyak peruntukkan.- Sarawakiana

  • No Comment to " RM1 juta Untuk Laksanakan Projek RTP Di Meradong "