• Ribut Di Vietnam Ragut 68 Nyawa

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    HANOI: Angka kematian akibat tanah runtuh dan hujan lebat di Vietnam meningkat kepada 68 orang dengan 34 lagi masih hilang, kata pegawai semalam.

    Pihak berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam dalam satu kenyataan memberitahu, bencana itu juga menyebabkan 32 orang cedera.

    Banyak bangunan musnah dan lebih 230,000 ternakan di wilayah tengah dan utara Vietnam mati dalam bencana berkenaan.

    Ribut melanda Vietnam pada Selasa lalu dan pihak berkuasa masih berdepan dengan kesan bencana itu hingga hari ini.

    Wilayah Hoa Binh di utara Vietnam adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 20 orang dilaporkan terbunuh.

    Pegawai berkata, kira-kira 300 askar, polis dan anggota penyelamat masih mencari lapan penduduk yang hilang dalam satu kejadian tanah runtuh di wilayah itu.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Ribut Di Vietnam Ragut 68 Nyawa "