• RGC Long Lama Penting Untuk Rancak Sosioekonomi

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) di Long Lama, Baram akan terus dibangunkan dalam usaha merancakkan pertumbuhan sosioekonomi di kawasan tersebut.

    Memetik laporan akhbar tempatan Utusan Borneo, RGC di Long Lama akan diteruskan pembangunananya supaya ia menjadi pusat pembangunan dalam kawasan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi Sarawak.

    Ini adalah disebabkan kawasan terbabit yang amat berpotensi mengeluarkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran setanding tanah tinggi Cameron Highland yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perancangan dan akan dibantu oleh RECODA (Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah) Sarawak yang akan diadakan Rabu depan.

    Menurutnya, ia memerlukan perancangan yang teliti bagi memastikan RGC Long Lama memainkan peranan penting kepada kawasan luar bandar itu kerana kawasan tersebut akan dibangun secara tersusun dan membangunkan potensi kawasan berkenaan khususnya dalam sektor ekopelancongan.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Air Long Lama dan Ulang Tahun Kedua Penubuhan Daerah Telan Usan di Dewan SJKC Tee Long Lama Baram, Miri, semalam.

    Jelas beliau, ia adalah sepertimana isu yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memastikan tiada kawasan yang terpinggir daripada pembangunan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).-Sarawakiana
  • No Comment to " RGC Long Lama Penting Untuk Rancak Sosioekonomi "