• Reman Adik Bekas Menteri Dilanjut

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU - Tempoh tahanan reman adik seorang bekas menteri Persekutuan dilanjutkan lima hari lagi, berkuat kuasa semalam, bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

    Majistret Afiq Agoes membuat keputusan melanjutkan tempoh tahanan reman lelaki berumur 52 tahun itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip yang mewakili SPRM.

    Lelaki itu ditahan 10 Oktober lalu sebelum direman pada hari berikutnya bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan berkenaan.

    Agoes juga membenarkan permohonan lelaki itu untuk dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini bagi menerima rawatan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis penyakit yang dialami lelaki itu.

    Sementara itu, seorang ahli perniagaan berumur 33 tahun yang ditahan berhubung isu penyelewengan dana berkenaan direman lima hari bagi membantu siasatan SPRM.

    Agoes membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan SPRM.

    Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM kira-kira jam 5.15 petang semalam ketika datang memberi kenyataan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Reman Adik Bekas Menteri Dilanjut "