• Remaja Ditemui Lemas Setelah Jatuh Sungai Di Dalat

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    MUKAH: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas setelah jatuh ke dalam sungai di Dalat dekat sini petang tadi.

    Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.00 petang ketika mangsa bersama rakan-rakannya bermain di atas perahu yang di letakkan di tepi tebing sungai Batang Oya berhampiran pekan Dalat.

    Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan bersama penduduk kampung sejurus laporan diterima.

    "Mangsa Bryan Lim Jing Ming berjaya dijumpai kira-kira jam 5:30 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya

    Mangsa diserah kepada Pihak polis untuk tindakan lanjut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Remaja Ditemui Lemas Setelah Jatuh Sungai Di Dalat "