• Remaja Dakwa Jadi Mangsa Penderaan Seksual Bapa Angkat

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    PETALING JAYA: Remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual bapa angkatnya yang juga seorang paderi sejak 2009.

    Difahamkan, remaja terlibat tinggal bersama lelaki berkenaan yang berusia lewat 40-an.

    Lelaki menjadi bapa angkat remaja itu sejak berusia sembilan tahun selepas bapa kandungnya meninggal dunia dan ibunya pulang ke China.

    Minggu lalu, remaja berkenaan telah lari dari rumah dan membuat laporan polis mendakwa didera paderi terbabit.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Kes berkenaan diketengahkan pengasas Komuniti Kepolisian Malaysia, Kuan Chee Heng menerusi laman sosial Facebook pada 18 Oktober.

    "Remaja perempuan itu mendakwa dicabul sejak berusia sembilan tahun. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," kata Chee Heng. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Dakwa Jadi Mangsa Penderaan Seksual Bapa Angkat "