• Remaja Bertudung Tak Malu Goyang 'Aset' Di Bigo Live

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Tak tercapai akal jika memikirkan tingkah laku segelintir remaja sekarang dan terbaharu tular aksi ghairah sekumpulan remaja perempuan didakwa pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    Menerusi rakaman video aplikasi Bigo Live, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan dan seorang lelaki tanpa segan silu menari dan melakukan aksi terlampau, termasuk mengoyang buah dada.

    Lebih memalukan, video berdurasi tujuh minit tiga saat itu dua gadis bertudung itu dengan rasa bangga menggosok dan menayangkan tetek mereka kepada penonton aplikasi tersebut, yang kebanyakkannya terdiri daripada pengguna media sosial lelaki.

    Video rakaman tersebut juga memaparkan salah seorang daripada mereka menjelirkan lidah, manakala seorang lagi perempuan berbaju hitam dengan berani membuka bajunya sehingga menampak sebahagian payudaranya.

    Sebuah portal melaporkan, kumpulan gadis berkenaan langsung tidak mengendahkan kecaman yang dilemparkan segelintir penonton aplikasi tersebut, malah mereka semakin galak beraksi di hadapan kamera.

    Difahamkan, pelajar terbabit didakwa pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berdasarkan gambar yang dikongsi di akaun Bigo Live dipercayai milik salah seorang gadis berkenaan memaparkan kad metrik tertera logo universiti tersebut.

    Sehingga kini tiada laporan lanjut berhubung tindakan kumpulan pelajar terbabit. Susulan iut, pihak terbabit digesa melakukan siasatan bagi mengelakkan isu tidak bermoral dalam kalangan remaja boleh dibendung.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Bertudung Tak Malu Goyang 'Aset' Di Bigo Live "