• Remaja 13 Tahun Trauma Diperkosa 21 Lelaki

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+


    MASALAH sosial seperti rogol, penyalahgunaan dadah, dan pelacuran antara isu yang masih hangat diperkatakan secara global.

    Baru-baru ini dilaporkan seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun berada dalam trauma apabila telah menjadi mangsa rogol.

    Apa yang lebih menyedihkan lagi, gadis itu menjadi mangsa kepada 21 orang lelaki dan dirogol secara bergilir-gilir di dua lokasi dan waktu berbeza.

    Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Luwu yang terletak di Selatan Sulawesi, Indonesia.

    Menurut Ketua Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Bahagian pentadbiran (PPPA) cawangan Daerah Luwu, Andi Fatmawati Syam, kesan kejadian tersebut mengakibatkan gadis itu trauma dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.

    “Mangsa takut bertemu dengan orang. Ketika kami datang menemuinya pada Isnin, dia sangat takut untuk bertemu dengan kami.

    “Selepas kami menjelaskan identiti kami, akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa dengan kami,” katanya.

    Tambahnya lagi, remaja yang berasal dari Walenrang, Luwu itu semakin sensitif dan bermeosi apabila membincangkan kes ini.

    “Dia bercakap sedikit sahaja. Setiap kali kami menyentuh perkara yang berkaitan dengan kejadian itu, matanya tiba-tiba berair,” tambahnya.

    Menurut Ketua Polis Daerah Luwu, Adj. Sr. Comr. Ahmad Yanuari, mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Luwu telah diperkosa sejak Jun lalu.

    Namun, laporan polis baru dibuat pada 11 Oktober yang lalu.

    Kini, pihak polis sedang menjalankan sisatan dan telah menahan 14 orang suspek sejak minggu lalu. Tujuh lagi masih bebas, namun identitinya sudah dikenal pasti.

    “Kami telah mengenal pasti identiti tujuh suspek berkenaan. Kami yakin mereka akan diberkas tidak lama lagi,” katanya.

    21 lelaki tersebut berusia dalam lingkungan dari 13 hingga 30 tahun.

    Dalam pada itu, Fatmawati menyatakan pihak PPPA akan membantu dalam memulihkannya dari trauma yang dialaminya. Bantuan guaman serta kaunseling turut akan diberikan kepada gadis itu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja 13 Tahun Trauma Diperkosa 21 Lelaki "