• Referendum Kemerdekaan Catalonia: Raja Sepanyol Murka

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    MADRID - SEPANYOL . Pemerintah Sepanyol, Raja Felipe VI mendakwa pemimpin Catalan telah mempertaruhkan keselamatan dan kestabilan negara dengan mengadakan referendum kemerdekaan pada 1 Oktober lalu.

    "Dengan kelakuan tidak bertanggungjawab itu, mereka boleh meletakkan risiko kestabilan ekonomi dan sosial wilayah Catalonia dan seluruh Sepanyol.

    "Mereka telah meletakkan diri mereka secara sepenuhnya di luar undang-undang dan demokrasi. Ia adalah tanggungjawab kuasa negara yang sah untuk memastikan perintah Perlembagaan dipatuhi," titah baginda menerusi stesen TV disiarkan, kelmarin.

    Titah baginda lagi, mahkota Sepanyol berpegang kepada Perlembagaan dan demokrasi sambil gariskan komitmen sebagai raja untuk perpaduan serta kestabilan negara tersebut.

    Baginda keluarkan titah itu selepas hampir 700,000 penunjuk perasaan berarak di jalan utama di Barcelona.- Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Referendum Kemerdekaan Catalonia: Raja Sepanyol Murka "