• Rebut Peluang Pemasaran Secara Atas Talian

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa usahawan di negeri memanfaatkan kaedah pemasaran secara atas talian ke arah ekonomi digital.

    Memetik laporan The Borneo Post, Tengah berkata usahawan perlu bersedia menghadapi teknologi pemasaran ke arah e-dagang, e-rezeki untuk memasar dan mempromosikan produk tempatan ke arah global.

    "Anda mesti berani untuk mempunyai impian besar dalam e-dagang kerana dunia teknologi adalah platform untuk memasarkan produk anda melalui internet dan ICT," katanya.

    Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan menambah kerajaan negeri komited untuk membantu golongan usahawan mengembangkan perniagaan degnan menyediakan infrastruktur ICT dan kemudahan untuk menyokong e-dagang dan bentuk urus niaga dalam talian yang lain.

    "Produk tempatan mampu diperluaskan ke pasaran global dengan memanfaatkan perniagaan secara online, e-dagang, e-rezeki dan Internet yang lebih pantas dan cepat berbanding kaedah biasa,” ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Rebut Peluang Pemasaran Secara Atas Talian "