• Real Madrid tumpas di Catalunya

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    GIRONA: Real Madrid mendapat tempias di atas padang berbanding suasana tidak menentu akibat pergolakan politik di Catalunya apabila mereka tewas mengejut 2-1 di Girona, awal pagi tadi.

    Jaringan Cristhian Stuani dan Portu dalam tempoh empat minit di babak kedua menafikan jaringan awal Isco buat Madrid ketika Real kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona selepas hanya 10 perlawanan.

    Madrid melakukan penampilan pertama dalam wilayah yang semakin terpisah itu sejak keganasan tercetus pada 1 Oktober menyebabkan Sepanyol terjerumus dalam krisis politik.

    Di atas padang, keadaan lebih sukar buat skuad kendalian Zinedine Zidane ketika mereka semakin ketinggalan di belakang Barca dalam pemburuan gelaran Liga.

    "Kami tahu kami boleh menukar keadaan ini. Kami akan melalui hari yang lebih baik dan pencabar kami akan hilang mata sepanjang perjalanan musim," kata Zidane.

    "Tiada apa lagi yang boleh kami lakukan, dan kami tahu keadaan akan berubah nanti, perjalanan masih panjang dan saya tidak bimbang."

    Sorakan menyokong kemerdekaan dan 'kebebasan' bergema di sekeliling stadium dengan kapasiti 13,500 dekat Montlivi pada minit ke-17 yang biasa kedengaran di Girona dan Barcelona menandakan kejatuhan Catalonia dalam peperangan Sepanyol pada 1714.

    Bagaimanapun dengan kehadiran ramai penyokong Madrid, banyak juga bendera Sepanyol dikibarkan.

    "Semua orang tahu Girona, tahu tiada apa yang akan berlaku," kata jurulatih Girona, Pablo Machin.

    "Penyokong menggunakan akal. Mereka mahu ia (situasi politik) segera tamat. Mereka gembira melalui dua jam dengan bola sepak yang hebat." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Real Madrid tumpas di Catalunya "