• Rashidi KSU Baharu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Datuk Rashidi Hasbullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang baharu bagi menggantikan Datuk Ab Ghaffar A Tambi.

    Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam sayu kenyataan hari ini, memaklumkan perlantikan Rashidi berkuat kuasa esok.

    Rashidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pemakanan dan Dietetik, Mississippi State University, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana bidang Pelancongan dari Central Michigan University, AS.

    Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 26 tahun sejak 1 Mac 1991.

    "Pelantikan beliau adalah berdasarkan ciri-siri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki sepanjang memegang beberapa jawatan dalam kementerian," kata Ali.

    Rashidi pernah memegang beberapa jawatan penting di Kementerian Pelancongan, antaranya Pengurus Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC); Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan).

    Ali mewakili kerajaan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ab Ghaffar di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau lebih 36 tahun dalam perkhidmatan awam. - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Rashidi KSU Baharu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan "