• Rapid KL Sedia Bas Saksikan Moto GP Sepang

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+


    RAPID KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan KL Sentral serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk peminat menyaksikan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

    Tiket bas berkenaan sudah dijual di stesen-stesen LRT utama bagi perkhidmatan tersebut yang akan beroperasi dari 27 hingga 29 Okt ini.

    “Peminat boleh membeli tiket bas berkenaan di KLCC, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT KL Sentral bagi memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan bas berkenaan ke Sepang.

    “Tiket bas juga boleh dibeli di Aras 1 klia2,'’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Mohd Azam Omar dalam kenyataan hari ini.

    Harga tiket dari KLCC dan KL Sentral ke SIC adalah RM20 untuk perjalanan sehala, dan RM38 bagi tiket pergi balik, manakala RM12 bagi perjalanan sehala dari klia2.

    - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Rapid KL Sedia Bas Saksikan Moto GP Sepang "