• Rampas 94 Pasport Pelbagai Nama

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Kelicikan lelaki warga Bangladesh menjadikan pangsapuri sebagai lokasi membuat pasport palsu akhirnya terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Jelutong, malam tadi.

    Dalam operasi 9.30 malam itu sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang menyerbu pangsapuri itu hasil pemantauan dan intipan sejak enam bulan lalu.

    Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam operasi itu pihaknya terlebih dahulu melakukan intipan di pangsapuri berkenaan sejak 4 petang.

    Beliau berkata, dalam serbuan itu lelaki Bangladesh dipercayai ejen berusia 38 tahun yang menyewa pangsapuri berkenaan telah pulang ke rumah sebelum diberkas pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Rampas 94 Pasport Pelbagai Nama "