• Ramai Tumpang Gembira Berita Kehamilan Tokti

    Published: Sunday, 15 October 2017
    A- A+

    Selepas 11 tahun penantian yang penuh kesabaran, akhirnya pada penghujung tahun 2017 ini penyany nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah disahkan hamil!

    Semalam, ketika sidang media diadakan di kediaman Siti iaitu di Ampang, Siti telah mengumumkan berita mengenai kehamilannya yang kini sudah berusia empat bulan.

    Sebelum majlis sidang media itu diadakan, terlebih dahulu telah berlangsung majlis kesyukuran dan doa selamat bagi mempermudahkan segala urusan yang dirancang.

    Ramai netizen dan rakan artis turut sama merasai kegembiraan itu. Malah, media sosial turut dibanjiri dengan ucapan tahniah kepada Siti dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

    Dengan berita gembira yang telah disampaikan semalam, kini Siti akan lebih menumpukan sepenuh perhatian dengan kandungannnya.

    Siti dijangka bakal melahirkan pada bulan Mac tahun hadapan dan kerana itu lah dia perlu berehat sebentar daripada sebarang aktiviti dunia seni.

    Walaupun penantian itu agak lama, namun Siti dan suami tetap bersabar malahan percaya akan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

    Semoga kandungan itu berada dalam keadaan yang baik dan diharapkan Siti dapat menjaga kesihatan. Semua orang tak sabar nak tunggu kelahiran baby penyanyi nombor satu Malaysia ni! – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Ramai Tumpang Gembira Berita Kehamilan Tokti "