• Rakyat Sarawak Tidak Mudah Lupa

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+
    Kempen politik Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir ke Sarawak menekankan hak autonomi Sarawak yang menjadi isu utama Sarawak masa kini cuba dijadikan modal politik PH yang melihat iu brkenaan mampu menark lebih ramai menyokong PH di sarawak. Mahathir dan Lim Kit siang lantang menggariskn lima teras yang dijanjikan sekira berjaya menawan Putrajaya.

    Bila sebut sahaja hak Sarawak, memanglah rakyat Sarawak akan tertarik untuk mendengar kerana itulah satu-satunya perkara asas yang Sarawak perlu pada masa ini kerana menyedari selama ini hak telah terhakis dan lari daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebenar. Oleh yang demikian Mahathir dan Kit siang mengambil kesempatan ke atas isu tersebut disebabkan inilah peluang PH untuk merampas kerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

    Sesi ceramah PH di Kuching tempoh hari, Mahathir dan Kit Siang 'all out' memberi ceramah di hadapan lima ribu orang warga Kuching yang hadir dan terus mencanangkan yang PH akan memudahkn penurunankuasa kepada negeri ini. Sebuah janji yang penuh dengan kata-kata menarik tetapi persoalannya adakah PH mampu melakukannya ?

    Namun Mahathir harus ingat yang rakyat Sarawak bukanlah jenis yang mudah lupa seperti ungkapan beliau yang berbunyi 'Melayu Mudah lupa'. Rakyat masih ingat 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri di mana rakyat sarawak melopong menunggu sesuatu yang yang tidak kunjung tiba. Sesuatu yang diharap mampu mengubah landskap pembangunan sarawak yang akhirnya terus ketinggalan. Itu baru hal pembangunan yang Mahathir tidak ambil perhatian terhadap Sarawak.

    Perihal hak Sarawak, Mahathir langsung tidak ambil endah dan hak Sarawak terus terhakis selama 22 tahun. Langsung Mahathir tidak pernah menyuarakan hak sarawak untuk dibincangkan pada waktu itu sehingga hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak fokus untuk mengembalikan hak Sarawak mengikut fakta sebenar. Walaupun Mahathir bersama PH pada kali ini dan menjaja ingin memperjuangkan hak Sarawak, rakyat Sarawak tidak mudah lupa siapa Mahathir sebenarnya dan pada kali ini rakyat Sarawak tidak semudahnya untuk diperbodohkan untuk kali kedua. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Sarawak Tidak Mudah Lupa "