• Rafizi Pecat Rafizi, Selepas Kantoi Rafizi Bayar Rafizi

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    Apa lagi boleh dibuat Rafizi selepas kantoi membayar dirinya sendiri. Derma saman NFC yang dikutip daripada orang ramai sejumlah RM1.5 juta disalurkan kepada Rafizi juga menerusi KEIP Resources. Kemudian dari KEIP Resources disalurkan pula ke Invoke yang juga dipunyai oleh Rafizi.

    Bertukar tukar poket dari poket baju di atas yang juga berada di badan Rafizi masuk ke poket kiri dan kemudian masuk ke poket kanan. Semuanya masuk poket Rafizi sahaja.

    Pihak yang kena tipu dan kena perdaya adalah orang ramai yang sanggup memberi derma kepada Rafizi itu. Kena tipu hidup hidup dengan Rafizi. Inilah yang dinamakan “Keip-Tokrasi Rafizi”.

    Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di KEIP Resources, Rafizi ada saham sejumlah 10,500 unit dan di Invoke ada saham sejumlah 250,000 unit.

    18 April 2017, Rafizi bukan main lagi tunjuk satu carta alir mempertikaikan tentang 1MDB. Mencetus persepsi yang tidak baik terhadap 1MDB sedangkan isu itu telah pun diselesaikan oleh PAC dan Peguam Negara. 1MDB sendiri pun sudah selesai membayar semua hutangnya.

    Carta alir  tipu yang dibuat oleh Rafizi itu tidak ke mana, tidak ada bukti dan asas pembuktian pun. Hanya tuduhan semata mata. Hari ini aliran carta wang itu kena balik kepada batang hidungnya sendiri.

    Pakar ekonomi kesayangan Anwar Ibrahim yang kuat memfitnah ini berdepan cemuhan dan kutukan daripada orang ramai bila  menyalahguna wang hasil derma orang ramai untuk bayar saman NFC kepada  membayar gaji sukarelawan yang berkerja di bawah INVOKE.

    Rafizi terkantoi bila KEIP Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik untuk menguruskan pembayaran gaji tenaga pekerja dalam INVOKE juga dimiliki oleh Rafizi sendiri. KEIP juga dipunyai oleh Rafizi.

    Mengikut senarai yang didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan itu, INVOKE tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.

    Hanya selepas Rafizi berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, INVOKE  didapati membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos lalu. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10.

    Kemudian invois untuk gaji pekerja INVOKE pada bulan Oktober sudah pun dikeluarkan oleh KEIP pada 11 September 2017. Invois bernilai RM175,304.32. Bermakna sesatunya perniagaan yang  dijalankan oleh KEIP adalah bayar gaji kepada INVOKE.

    Malah turut mengenakan caj pengurusan sebanyak 5% iaitu sejumlah RM8,347.82. Caj pengurusan ini pun masuk poket Rafizi juga. Pelik sungguh, syarikat Rafizi bayar kepada syarikat Rafizi pun kena caj pengurusan. Hendak urus apalah sangat kalau keluar poket kiri masuk poket kanan Rafizi. Orang yang sama juga tandatangan cek. Ini berniaga cara “Keip-tokrasi Rafizi”.

    Jika dikumpul semua jumlah ini, jumlahnya terkumpulnya adalah RM491,786.37 nilainya hanya untuk tiga bulan sahaja. Kalau caj 5% pengurusan sudah jadi RM24,589.31. Duit ini berlegar masuk dari poket Rafizi sahaja. Dekat setengah juta, patutlah Laathefa Koya cakap Rafizi kaya raya.

    Maksudnya, duit derma hampir setengah juta dari orang ramai telah digunakan untuk bayar gaji pekerja-pekerja Rafizi sahaja. Rafizi mendedahkan dalam tempoh 10 hari dia berjaya mengumpul RM1,585,014.49. Maknanya ada lagi baki sejuta duit derma orang awam.

    Ke mana baki wang sejuta ini hendak disalurkan? Disalurkan untuk ceramah atas trak dan cakap sorang sorang atau masuk poket sendiri juga? Hampir setengah juta duit derma rakyat digunakan untuk bayar gaji pekerja untuk membantu Rafizi buat fitnah setiap bulan.

    Bila terkantoi, Rafizi mula gelabah. Mulanya dalam blog rasminya, Rafizi sendiri mendedahkan perincian gaji yang Invoke terima dari orang awam dalam satu artikel di blognya pada 21 September 2017. Senarai sejumlah 194 muka surat dana derma dari orang awam itu telah pun dipadam oleh Rafizi bila terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”.

    Terbaru carian yang dibuat mendapati nama Rafizi sudah dikeluarkan daripada KEIP Resources. Invoke juga sudah tidak lagi menggunakan KEIP sebagai syarikat sumber manusianya. Bermakna Invoke sudah pecat KEIP, Rafizi sudah pecat Rafizi sendiri.

    “Rafizi Bayar Rafizi’ adalah sesatunya teori ekonomi Rafizi yang menjadi. Duit rakyat termasuklah ada kakitangan awam yang menderma sudah disapu oleh Rafizi untuk bayar gaji pekerjanya dalam Invoke. Bukannya sedikit wang itu, RM1.5 juta. Ada lagi baki sejuta. Ke mana pergi duit itu?

    Inilah “Keip-trokrasi” sebenar yang sedang berlaku dalam pembangkang. Dulu Rafizi pernah kata Mahathir macam macam mengenai syarikat arak dan rasuah. Kini bila Rafizi terang terang songlap duit rakyat untuk Invoke, Mahathir sepatah pun tidak berani tegur atau jentik Rafizi.

    Kes rasuah Guan Eng pun, Mahathir tidak berani jentik sikit pun. Takut sungguh dengan PKR dan DAP. Ini bukti Mahathir bukan sesiapa pun dalam pembangkang. Hanyalah alat sahaja bagi PKR dan DAP. Isu rasuah Rafizi dan Guan Eng, Mahathir tidak berani kata apa apa.

    Penyelewengan yang dibuat terang terang oleh Rafizi ini adalah bukti bahawa PKR adalah parti yang langsung tiada integriti. Tidak layak lagi pembangkang cakap soal hipokrasi, kleptokrasi dan demokrasi. Cakaplah soal “Rafizi Bayar Rafizi” ini, bila dah kantoi jadilah “Rafizi Pecat Rafizi”. Inilah dia “Keip-Tokrasi Rafizi”.

    Bila Mahathir terkantoi hilang RM32 billion di Bank Negara, dia kata ‘tidak tahu’, pakar ekonomi Mahathir pun kata ‘tidak tahu” sebanyak 15 kali semasa perbicaraan RCI Forex. Bila pakar ekonomi Anwar Ibrahim terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”, dia cakap “bodoh” dekat 50 kali.

    Rafizi kata bodoh dekat siapa sebenarnya. Telinga Rafizi yang dengar dulu apa yang Rafizi sebut itu. Ayat bodoh itu sebenarnya kena pada Rafizi balik. Rafizi lah bodoh itu.


    Tulisan:
    Beruang Biru
    BB596, Isnin
    2 Oktober 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Rafizi Pecat Rafizi, Selepas Kantoi Rafizi Bayar Rafizi "