• Qatar Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Di Perancis Dan Kanada

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    DOHA -- Qatar mengutuk dua serangan keganasan di bandar Marseille, selatan Perancis dan di bandar Edmonton, barat Kanada, lapor agensi berita Qatar (QNA).

    Menurut laporan, dua terbunuh dalam serangan di Marseille sementara di Kanada seorang anggota polis dan beberapa orang awam dilaporkan cedera.

    Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar pada Ahad, Qatar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan kedua-dua negara.

    Pada masa sama, Qatar mengulangi pendirian tegas negara itu menolak sebarang bentuk keganasan.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Qatar Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Di Perancis Dan Kanada "