• Qatar bakal perkenal gaji minimum

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    DOHA: Qatar, selaku hos Piala Dunia 2022 dilapor akan memperkenalkan peraturan gaji minimum kepada pekerja, selepas menerima kritikan mengenai layaran buruk terhadap pekerja asing.

    Agensi berita Qatar turut mengumumkan bahawa kerajaan negara itu sudah menandatangani perjanjian dua hala dengan 36 negara, sekaligus memberi perlindungan undang-undang kepada pekerja dari negara terbabit.

    Perjanjian itu juga dijangka mampu menarik minat kira-kira dua juta pekerja asing untuk memasuki pasaran kerjanya.

    Pengumuman itu dibuat menjelang mesyuarat Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), yang bakal menyaksikan siasatan rasmi oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai layanan Qatar terhadap pekerja asing.

    Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap mengenai tarikh ia akan dilaksanakan dan peringkat pelaksanaan gaji minimum berkenaan.

    Mesyuarat ILO bakal bermula esok hingga 9 November ini dan isu membabitkan Qatar dijangka dibincangkan pada akhir mesyuarat terbabit. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Qatar bakal perkenal gaji minimum "