• PRU14: PH Sarawak Sudah Sedia Letak Calon Di Utara Sarawak

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Pakatan Harapan (PH) Sarawak sudah sedia meletakkan calon di bahagian Utara negeri ini pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, PKR akan meletakkan calonnya di kerusi Limbang, Miri dan Baram manakala Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan meletakkan calon di kerusi Lawas dan Bintulu.

    Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dipetik sebagai berkata, PH Sarawak telah mencapai kata sepakat berkenaan sejak PRU ke13 lalu.

    Menurutnya, mereka juga mempunyai beberapa calon yang dijangka boleh memperoleh kemenangan di kawasan Limbang, Baram dan Miri dan mencapai kata sepakat memilih calon dari parti mana akan bertanding di kawasan berkenaan.

    Jelas beliau, di kawasan Lawas mereka memberikan peluang kepada DAP kerana faktor calon yang lebih dikenali ramai bertanding menentang penyandangannya Dato Henry Sum Agong dari Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kemenangan milik mereka..-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: PH Sarawak Sudah Sedia Letak Calon Di Utara Sarawak "