• PRU14: PBDSB Dijangka Letak Calon Di Parlimen Kapit

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+

    SIBU: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dijangka akan meletakkan calonnya di Parlimen Kapit pada Pilihanraya Umum ke-14 kelak.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, ketika ini terdapat seorang calon dari PBDSB sedang bergiat aktif dan dikenali rakyat di kawasan Parlimen Kapit dikatakan akan bertanding sebagai calon kerusi berkenaan bagi menentang penyandangnya Datuk Alexander Nanta Linggi.

    Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengesahan rasmi dari parti tersebut siapakah calon PBDSB yang disebut-sebut berkenaan.

    Menurut sumber Utusan Borneo, calon yang dimaksudkan dikatakan begitu menitikberat mengenai perkara yang berkait rapat dengan perjuangan bansa Dayak.

    Pada PRU sebelum ini Nanta dari Barisan Nasional (BN) Parti Bumiputera Besatu (PBB) mendapat majoriti 13,446 undi menewaskan Ramli Malaka calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mendapat hanya 3,715 undi.

    Dalam pada itu, ada juga ura-ura mengenai kemungkinan DAP akan menghantar calonnya menentang Nanta pada PRU ini nanti.-Sarawakiana
  • No Comment to " PRU14: PBDSB Dijangka Letak Calon Di Parlimen Kapit "