• PRU14: KM Setuju SUPP Bertanding Kerusi Tradisi

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+
    gambar hiasan
    Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat membenarkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kekal bertanding di tujuh kerusi tradisinya pada Pilihanraya Umum Ke14 yang akan datang.

    Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas persetujuan sebulat suara diberikan pada mesyuarat tertinggi empat parti kompenen BN bersama ahli Majlis Tertinggi BN Pusat dan pengerusi BN peringkat negeri serta pusat pada 8 September lalu.

    Memetik laporan dalam akhbar Utusan Borneo, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata kerusi tradisi milik SUPP antaranya di Parlimen Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei.

    Jelasnya, ia bukan cakap sebarangan tapi ia telah dijelaskan sendiri oleh Ketua Menteri dan keputusan berkenaan diputuskan sendiri oleh pengerusi BN Pusat iaitu Perdana Menteri yang inginkan kerusi-kerusi tradisi kompenen parti BN dikekalkan.

    Beliau berkata demikian ketika Sambutan Perayaan Kuih Bulan di di Sekolah Menengah (SM) Citizen, anjuran SUPP Bukit Assek dan Dudong turut dihadiri parti komponen BN di kawasan Parlimen Lanang Stabau, Sibu kelmarin.-Sarawakiana
  • No Comment to " PRU14: KM Setuju SUPP Bertanding Kerusi Tradisi "