• PRS Tarat Janji Sokong Calon BN Puncak Borneo

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Tarat Edward Kurik mendedahkan seramai lebih 2000 anggota parti memberi jaminan akan menyokong sepenuhnya kepada sesiapa sahaja calon Barisan Basional (BN) bagi Parlimen Puncak Borneo untuk Pilihan Raya Umum (PRU14).

    "Sebagai ketua parti (PRS) Bahagian Tarat, saya akan memberikan sokongan penuh kepada calon BN Parlimen Puncak Borneo pada pilihan raya umum akan datang," katanya

    Tarat adalah kawasan di bawah Parlimen Puncak Borneo yang diwakili oleh Datuk Roland Sagah Wee Inn.

    Memetik laporan The Borneo Post, kerusi Puncak Borneo dibiarkan kosong berikutan penyandangnya Datuk Seri James Dawos Mamit, yang merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak akan mempertahankan kerusi itu disebabkan masalah kesihatan.

    Namun, Dawos dalam satu kenyataan berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi BN untuk membuat keputusan samada beliau dicalonkan semula ataupun tidak.

    Sehubungan dengan itu juga, terdapat nama-nama yang telah muncul termasuk pegawai khasnya Datuk Detta Samen yang mungkin akan dicalonkan untuk menggantikan beliau. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRS Tarat Janji Sokong Calon BN Puncak Borneo "