• PRS Tamin Tolak Calon Lain, Hanya Mahukan Joseph Entulu

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    Belum pun senarai nama calon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diumumkan, kepimpinan parti politik peringkat akar umbi sudah mula menyatakan sokongan padu kepada penyandang kerusi sedia ada.

    Terbaru, Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Tamin menyatakan sokongan supaya Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun dicalonkan semula.

    Suara sokongan sokongan PRS Tamin dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusinya, Augustine Amin, Setiausaha PRS Tamin John Entebong, Ketua Wanita PRS Tamin Liah Umal dan Ketua Pemuda PRS Tamin Hendary Suria Langgang yang mengeluarkan kenyataan bersama.

    "Kami dengan tegas akan menolak dan tidak bersetuju dengan mana-mana muka baharu dicalon di Parlimen Selangau kelak.

    "Persetujuan kami telah dibuat berdasarkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PRS Bahagian Tamin baru-baru ini dan ia resolusi penting kami buat pada mesyuarat tersebut, kata mereka seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Mengenai Rita Insol yang diberikan bakal menggantikan Entulu, mereka sebulat suara menolak Rita dan berpendapat beliau tidak layak.

    "Sayap Wanita PRS Tamin ingin menjelaskan di sini bahawa dakwaan Rita adalah Ketua Wanita PRS Tamin adalah satu pembohongan besar,

    "PRS Tamin tidak pernah menerima pencalonan beliau untuk sebarang jawatan malah PRS Bahagian Tamin tidak pernah menerima keahlian beliau," ujar mereka.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRS Tamin Tolak Calon Lain, Hanya Mahukan Joseph Entulu "