• PRS Masih Keliru Tentukan Calon Di Dua Parlimen - Bobby

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+
    SIBU: Ketua Penerangan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dalam satu kenyataan berkata pihak Parti Rakyat Sarawak (PRS) masih keliru menentukan calon di dua parlimen yang tidak mendapat sokongan penuh dari ahli-ahli parti.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Bobby berkata, PRS dari dua parlimen tersebut iaitu parlimen P203 Lubok Antu dan parlimen P214 Selangau masih tidak pasti sama ada mengekalkan penyandang lama ataupun meletakkan calon baharu dikalangan wanita.

    “Sesiapa sahaja yang menjadi calon pada pilihanraya kali ini jika tidak mendapat sokongan penuh akhirnya pasti diakhiri dengan mendapat jumlah undi yang sedikit.

    “Oleh itu, tiada guna memberi peluang kepada PRS maka undilah PBDS Baru kerana PBDS Baru di dua parlimen ini begitu menitik beratkan perjuangan bangsa Dayak,” kata dipetik akhbar tersebut.

    Tambah Bobby, kita boleh melihat sendiri siapakah James Masing sekarang yang begitu mementingkan diri sendiri bukannya bangsa Dayak seperti yang kita (PBDS Baru) perjuangkan.-Sarawakiana
  • No Comment to " PRS Masih Keliru Tentukan Calon Di Dua Parlimen - Bobby "