• PRS Mahu Cipta Sejarah, Tampilkan Calon Wanita Dayak Pertama

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing mengesahkan parti tersebut akan tetap menurunkan seorang atau dua calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, parti tersebut berhasrat untuk memecah tradisi mana-mana parti berteraskan Dayak dengan menurunkan calon wanita pertama mewakili Barisan Nasional (BN).

    Menurutnya, kriteria pencalonan ditetapkan BN bukan sahaja boleh menang tetapi terdapat faktor lain yang penting termasuk kesetiaan kepada parti.

    "Ini bukan sahaja faktor boleh menang, jika ia berlaku kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir tidak dicalonkan semula? Ini membuktikan kesetiaan juga penting," katanya.

    Masing yang Timbalan Ketua Menteri mengingatkan ahli PRS yang mana parti tersebut mempunyai sistem untuk memilih calon yang akan mempertahankan enam kerusi untuk BN.-Sarawakiana







    Subjects:

  • No Comment to " PRS Mahu Cipta Sejarah, Tampilkan Calon Wanita Dayak Pertama "