• PRS Engkilili Dedah Resolusi Pencalonan Semula Willian Nyalau

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+
    Parti Rakyat Sarawak (PRS) cawangan Engkilili mengeluarkan satu resolusi untuk mencalonkan semula Datuk William Nyalau Badak sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

    Resolusi tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PRS Engkilili Cr Tuai Rumah (Tr) Bangkong Mawing kepada media sebagai sokongan sebulat suara yang diluluskan cawangan itu pada mesyuarat agung tahunannya pada Sabtu lepas, lapor The Borneo Post.

    Tr Bangkong Bawing dipetik sebagai berkata, Willian Nyalau mempunyai rekod prestasi yang baik sebgai Ahli Parlimen dan kerap turun pada untuk melihat kebajikan dan keperluan rakyat.

    “Beliau juga telah membawa banyak perubahan dari segi pembangunan di kawasan pedalaman Lubok Antu,

    “Tambahan pula, Nyallau sangat dihormati rakyat sebagai pemimpin dan bekas pegawai kanan kerajaan,” katanya.

    Terdahulu media tempatan melaporkan, Presiden PRS, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, berkata beliau belum mendapat pengesahan dari dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) dibawah parlimen Lubok Antu untuk membolehkan pencalonan semula Willian Nyalau selaku penyandang kerusi tersebut.

    Parlimen Lubok Antu terdiri dari dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu, Batang Ai yang diwakili Malcolm Mussen Lamoh dari parti PRS dan Dr Johnichal Rayong Ngipa dari parti Rakyat Bersatu (UPP). - Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PRS Engkilili Dedah Resolusi Pencalonan Semula Willian Nyalau "