• PRS Dijangka Letak Calon Wanita Di Parlimen Selangau Dan Lubok Antu

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    Parti Rakyat Sarawak (PRS) dijangka akan meletakkan dua calon wanita Pada Pilihan Raya Umum ke-4 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, menurut kenyataan Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing sebelum ini mengatakan beliau mahu melihat wanita Dayak sebagai ahli parlimen pertama di dalam kabinet persekutuan.

    "Sebelum saya bersara, saya ingin melihat wanita Dayak dari parti PRS menjadi wakil rakyat,"

    Menurut sumber dalaman PRS, dua wanita yang disenaraikan ialah Ketua Wanita PRS Dato Sri Doris Sophia Brodie dan Ketua Wanita PRS Bahagian Selangau, Rita Insol.

    Doris dijangka akan menggantikan Datuk William Nyallau Badak di Parlimen Lubok Antu manakala Rita dijangka akan menggantikan Datuk Joseph Entulu Belaun di Parlimen Selangau.

    Sumber turut memberitahu Rita adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan Entulu memandangkan beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di kawasan Selangau.

    Walaubagaimanapun, Masing enggan menggulas lebih lanjut mengenai kedua-dua wanita berkenaan yang disebut-sebut sebagai calon PRS.

    "Ia hanyalah perbincangan spekulasi," katanya.

    Masing sebelum ini telah mengesahkan Datuk Masir Kujat, Datuk Joseph Salang, Datuk Aaron Dagang dan Datuk Wilson Ugak Kumbong akan mempertahankan kerusi mereka dalam PRU14.

    Namun nama Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk William Nyallau Badak masih belum disahkan sebagai calon. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRS Dijangka Letak Calon Wanita Di Parlimen Selangau Dan Lubok Antu "