• Projek Tebatan Banjir Akan Terus Dilaksana

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+
    Foto Utusan Borneo
    KUCHING: Kerajaan negeri terus melaksanakan projek tebatan banjir di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan yang kerap berlaku bencana tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini terdapat beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanakan terutama di beberapa kawasan bandar.

    Menurutnya, sistem baraj di Kuching, projek tebatan banjir di Sibu berserta ‘pump gate’ di Bau dan Empangan Bengoh mempunyai keupayaan mengawal kadar limpahan air sungai.

    Sistem baraj di Sungai Sarawak mempunyai keupayaan mengawal kadar limpahan air ketika musim monsun timur laut serta hujan luar biasa dan mengimbangi paras air sungai sekali gus mengurangkan risiko banjir ketika musim monsun timur laut serta hujan luar biasa dan mengimbangi paras air sungai sekali gus mengurangkan risiko banjir.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2017 di Tebingan Kuching di sini semalam.-Sarawakiana
  • No Comment to " Projek Tebatan Banjir Akan Terus Dilaksana "