• Potong Tangan Mangsa Untuk Curi Barang Perhiasana

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    KEJAMNYA…seorang tukang kayu telah menggunakan kapak untuk menetak tangan seorang wanita dalam usaha mencuri jam emas, gelang dan cincin.

    Selepas tangan itu putus dan jatuh di atas jalan raya, dia kemudiannya mengutip barang berharga itu. Kejadian berkenaan berlaku di tepi jalan di Rusia.

    Ketika kejadian, mangsa sedang bercakap di telefon dan perhiasan yang dipakainya itu telah menarik perhatian penjenayah itu.

    Malangnya selepas mendapati barang berharga itu adalah palsu, dia menggunakan kapaknya untuk mencincang tangan yang putus berkenaan dengan harapan ia tidak dapat disambung semula.

    Wanita berkenaan kemudiannya menangis dan menjerit. Dia dikejarkan ke hospital.

    “Semasa siasatan wanita itu memberitahu jika tukang kayu tersebut menunjukkan kapak itu, dia akan memberikan semuanya,’’ kata Naib Presiden Kesatuan Peguam Persekutuan Rusia.

    Sementara tukang kayu itu tidak mempunyai rekod jenayah dan dikatakan berasal dari keluarga yang baik, bapa kepada dua anak dan pemilik rumah tiga tingkat yang dibinanya sendiri.

    Tukang kayu terbabit kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Potong Tangan Mangsa Untuk Curi Barang Perhiasana "