• Politweet: Populariti BN di Facebook Hampir Dua Kali Ganda Daripada Pembangkang

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    Tulisan asal oleh:
    The Malay Mail Online, 10 Oktober 2017

    KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Sejumlah 5.8 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun dan ke atas berminat dengan parti-parti Barisan Nasional (BN), hampir dua kali ganda daripada 3.1 juta pengguna yang berminat dengan parti-parti pembangkang pada Julai lalu, menurut satu kajian oleh Politweet.

    Kajian oleh firma penyelidikan media sosial itu menunjukkan kira-kira 51.6 peratus (3.3 juta) daripada 6.4 juta pengguna Facebook di Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berminat dengan politik secara eksklusif berminat dengan parti-parti dalam pakatan pemerintah, berbanding 9.4 peratus (600,000) yang secara eksklusif berminat dalam parti-parti Pembangkang.

    Sekitar 39.1 peratus (2.5 juta) menyatakan minat ke atas campuran antara parti-parti dalam Pembangkang dan BN.

    Umno mempunyai bilangan pengguna Facebook di Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang paling tinggi yang berminat dengan politik pada Julai lalu pada 4.4 juta (68.8 peratus daripada 6.4 juta pengguna), diikuti oleh PKR pada 1.8 juta pengguna (28.1 peratus), DAP dengan 1.3 juta pengguna (20.3 peratus), PAS dengan 950,000 pengguna (14.8 peratus), MCA dengan 740,000 pengguna (11.6 peratus), Gerakan dengan 150,000 pengguna (2.34 peratus) dan akhir sekali MIC dengan 81,000 pengguna (1.3 peratus ).

    Daripada 6.4 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun dan ke atas yang berminat dengan BN atau Pembangkang pada Julai lalu, 56.3 peratus adalah lelaki dan 43.8 peratus adalah wanita.

    "Pembangkang mula meningkatkan bahagian ekslusifnya pada Januari 2017 dan mencapai 16.39 peratus pada bulan Mei. Minat ke atas Pembangkang menurun 7.01 mata dalam 2 bulan terakhir ini manakala minat ke atas BN meningkat 5.66 mata," menurut kajian yang bertajuk How political interest is divided by language on Facebook in Malaysia yang dihantar ke Malay Mail Online.

    Kajian itu menjelaskan bahawa kumpulan eksklusif itu menunjukkan pengguna yang hanya suka, berkongsi, atau membincangkan kandungan yang berkaitan dengan parti mereka.

    "Penyokong parti politik yang berdedikasi untuk mempromosikan atau menyerang hanya satu parti akan tergolong dalam kumpulan ini," menurut kajian itu.

    Kumpulan dengan minat yang bercampur itu terdiri daripada pengguna yang berkongsi kandungan yang berkaitan dengan kedua-dua belah jurang politik.

    "Apabila satu kumpulan eksklusif menjadi kumpulan yang dominan, ini memberikan tekanan yang lebih besar kepada kumpulan eksklusif lain untuk 'merentasi' dan membawa pengguna berpindah ke pihak mereka, atau sekurang-kurangnya ke kumpulan Campuran. Inilah kesukaran yang sedang dihadapi oleh Pembangkang,” kata Politweet.

    Menurut kajian itu, Pembangkang mempunyai capaian 48.4 peratus daripada keseluruhan pasaran minat parti politik, yang bermaksud pengguna Facebook yang menyatakan minat eksklusif dan digabungkan dengan mereka yang menyatakan minat bercampur. Sebaliknya, BN mencapai 90.6 peratus pasaran itu.

    "Ini bermakna lebih separuh daripada pengundi berpotensi di Facebook yang berminat dalam politik tidak mempunyai minat dengan apa yang pemimpin dan penyokong pembangkang kongsikan dan lakukan (dalam media itu)," kata kajian itu.

    Politweet mengukur minat dengan menggabungkan minat dalam Facebook "(minat, aktiviti, kumpulan, halaman, kemas kini status dan sejarah kerja yang dikenal pasti melalui istilah yang sama yang ditentukan oleh Facebook misalnya ‘United Malays National Organization’) dan nama Kumpulan dan Halaman tertentu (misalnya, Friends of BN)".

    Minat juga diukur melalui pengguna yang memetik nama parti dalam kemas kini status, berkongsi pautan berita yang berkaitan dengan parti atau berkongsi kandungan dari halaman yang berkaitan dengan parti.

    Politweet berkata minta dalam parti politik tidak menunjukkan sokongan kepada suatu parti, hanya kesedaran sahaja.

    http://www.themalaymailonline.com/uploads/articles/2017/2017-10/politweet_facebook_interest_graphic.jpg

    Link asal artikel:
    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/politweet-bns-popularity-on-facebook-almost-double-that-of-opposition#SSiOqtwXSFO09TD7.97

    Subjects:

  • No Comment to " Politweet: Populariti BN di Facebook Hampir Dua Kali Ganda Daripada Pembangkang "