• PM Ucap Selamat Musim Luruh Masyarakat Cina

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat merayakan sambutan pertengahan musim luruh kepada masyarakat kaum Cina.

    “Keluarga dan rakan-rakan bersama-sama mengisi masa berkualiti menikmati kelazatan kuih bulan. Selamat Menyambut Perayaan Pertengahan Musim Luruh!

    “Sambutan pertengahan musim luruh adalah masa yang baik untuk dirayakan apabila rakan-rakan Cina senegara, tua dan muda berkumpul beramai-ramai,” katanya dalam catatan Twitter dan Facebooknya hari ini.

    Perayaan itu disambut di seluruh dunia pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar Cina yang jatuh pada 4 Okt tahun ini.

    Semasa perayaan itu, keluarga Cina di seluruh dunia akan berkumpul minum teh dan menikmati kuih bulan serta limau bali bagi mempererat hubungan dan keharmonian keluarga. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " PM Ucap Selamat Musim Luruh Masyarakat Cina "