• PM Tak Boleh Nasihat Agong Batal Lantikan Ketua Hakim

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa perdana menteri tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menarik kembali pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.

    Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke, yang mewakili perdana menteri dan dua hakim itu, berkata usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan perintah mendamus bagi memaksa Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian tidak boleh dilaksanakan berdasarkan undang-undang.

    “Tiada dalam undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan untuk perdana menteri berbuat demikian.

    “PM tiada tanggungjawab undang-undang untuk menasihatkan pembatalan lantikan, justeru itu, mahkamah tidak dapat mengarahkan mendamus (memaksa beliau berbuat demikian),” kata Loke. -MALAYSIAKINI

    Subjects:

  • No Comment to " PM Tak Boleh Nasihat Agong Batal Lantikan Ketua Hakim "