• PKR Sarawak Pentingkan Diri Dan Angkuh - PBDSB

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+
    Beberapa hari lepas Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Hamit membidas Ketua Pemuda PKR Simon Siah yang mendakwa PBDSB tidak berjuang untuk Dayak sebenar dan hanya bercakap kosong.

    Rapelson mendakwa PKR bersikap penting diri dan ego dalam urusan politik di negeri ini.

    Rapelson turut mendakwa PKR bercakap tinggi melangit memandangkan ramai di kalangan pemimpin PKR terdiri daripada peguam.

    Simon menyatakan yang PKR selama ini telah membawa kes berkaitan NCR naik turun mahkamah dan sebagai peguam memang selayaknya menjadi ahli politik.

    Rapelson menyifatkan kenyataan Simon sebagai angkuh dan ia akan menambahkan lagi kecelaruan dalam politik pembangkang di Sarawak.

    Menurut Rapelson, ramai lagi ahli politik lain dalam Pakatan Harapan tidak mendabik dada walaupun profesyen sebagai peguam tetapi PKR telalu sombong dan angkuh dengan profesyen sebagai peguam. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PKR Sarawak Pentingkan Diri Dan Angkuh - PBDSB "