• PKR nangis minta peruntukan, Wan Azizah masih bangga cipta sejarah?

    Published: Sunday, 8 October 2017
    A- A+
    Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak perlu berbangga kononnya telah mencipta pelbagai sejarah kerana tiada sumbangan yang dibuat kepada rakyat selama dia memegang jawatan penting dalam PH.

    Menurut Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kenyataan Presiden PKR itu sekaligus memalukan dirinya sendiri apabila umum mengetahui yang sebenarnya Wan Azizah merupakan pemimpin yang sangat lemah.

    “Dia nak bangga sangat dengan jawatan dia, apa sejarah yang dia cipta? Kalau pegang jawatan sebagai Presiden parti, tapi Norlela sibuk menangis merayu untuk dapatkan peruntukan daripada dia untuk beri bantuan kepada rakyat Pulau Pinang, tak payah sembanglah Wan Azizah.

    “Atau jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu rendah sangat pada dia? Nak jawatan Perdana Menteri pula?,” sindirnya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Ahad.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wan Azizah yang dikatakan tidak berminat menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Menurut presiden PKR itu, tidak ada isu untuk mengatakan beliau akan melakar sejarah sebagai wanita Melayu yang menjadi pemimpin kerajaan di negeri itu.

    “Adakah saya belum cukup mencipta sejarah?” kata Wan Azizah dengan penuh bangga.

    Namun Jahara berkata, Wan Azizah hanyalah seorang pemimpin yang sibuk ingin bertanding di kawasan yang diinginkan, namun tiada sumbangan yang diberikan langsung di Permatang Pauh dan DUN Kajang sendiri.

    “Apa yang lebih dia sibuk berjuang nak bebaskan suaminya sehingga kepentingan rakyat diabaikan, itu ke pemimpin yang rakyat nak?” Soalnya lagi. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " PKR nangis minta peruntukan, Wan Azizah masih bangga cipta sejarah? "