• PKR 'Bacul' Turun Calon Di Parlimen Santubong

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Dengan beberapa nama sudah berkumandang untuk mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Parti Keadilan Rakyat (PKR) seakan-akan takut untuk menurunkan calon.

    Sehingga hari ini, belum ada individu yang bergerak di lapangan selain nama calon mewakili PKR masih diumumkan.

    Mungkinkah PKR takut rekod buruk sekadar meraih 3,719 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berulang atau pembangkang itu akan menurunkan calon kitar semula Zulrusdi Mohamad Hol yang tumpas ditangan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Sehingga saat ini, PKR di Sarawak masih belum memiliki individu yang betul-betul berkaliber untuk dicalonkan di kawasan gabungan bandar, pinggir dan luar bandar itu.

    Di bawah Parlimen Santubong terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, DUN Demak Laut dan DUN Tanjong Datu.

    Pada PRU13, Wan Junaidi menang bergaya dengan majoriti 20,936 undi dalam pertembungan empat penjuru melibatkan Affendi Jeman (Bebas), Zulrusdi dan Mura Kadir (STAR).

    Sebelum ini, beberapa calon berpotensi dikaitkan mewakili BN di Parlimen Santubong merangkumi ketua pemuda parti, ahli perniagaan, pemimpin belia dan setiausaha politik menteri.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " PKR 'Bacul' Turun Calon Di Parlimen Santubong "