• Pintu Terbuka, Lapan Anjing Masuk Ruang Solat Masjid

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+

    IPOH : Lapan ekor anjing dilaporkan memasuki ruang solat Masjid Al-Ansar Bandar Meru Jaya di sini awal pagi Jumaat lalu.

    Siak masjid berkata kejadian sekitar 4.15 pagi itu berpunca daripada pintu belakang premis yang tidak ditutup seperti biasa.

    “Saya percaya anjing ini masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak, semua pintu biasanya ditutup.

    “Ini kali pertama masjid ini dimasuki anjing. Saya percaya anjing ini datang dari kawasan pembinaan berhampiran.

    “Biasanya kumpulan anjing ini berada di deretan rumah kedai berhampiran.

    “Saya minta pihak berwajib ambil tindakan bagi menangani masalah ini,” kata Muhammad Radzi Yaakub seperti dilaporkan Sinar Harian.

    Sementara itu, pengerusi masjid berkata soal pembersihan sudah dirujuk kepada pihak berkenaan bagi memastikan kesucian rumah ibadat.

    Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dilakukan dengan kaedah biasa.

    “Kami rujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.

    “Jadi kami bersihkannya menggunakan vakum dan semburan sahaja,” Muntaha Kamil Halid dilaporkan berkata. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Pintu Terbuka, Lapan Anjing Masuk Ruang Solat Masjid "