• Pikotaro Sambut Donald Trump

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+


    TOKYO – Pelawak dan penyanyi, Pikotaro dijadual menghiburkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika lawatan rasmi pemimpin itu ke Jepun awal bulan depan.

    Pemain golf keempat terbaik dunia, Hideki Matsuyama juga dijadual bermain golf bersama Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di padang golf berhampiran Tokyo

    Pikotaro yang popular dengan lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP) akan hadir dan membuat persembahan pada majlis makan malam dianjurkan Abe, kata sumber kerajaan.

    Pikotaro menjadi popular sekelip mata selepas video dia menyanyikan lagu PPAP itu menjadi tular pada tahun lalu selepas dikongsi bintang pop, Justin Bieber.

    Lagu PPAP juga dicatatkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai lagu paling pendek disenarai dalam carta lagu Billboard Hot 100.

    Satu rakaman video menunjukkan Arabella yang berusia enam tahun menyanyi lagu PPAP menjadi tular pada November tahun lalu.

    Abe yang ketika itu mengadakan perbincangan dengan Trump di New York berkata, dia seronok melihat video Arabella itu.

    Trump dijadual membuat lawatan rasmi ke Jepun pada 5 hingga 7 November ini dalam peringkat pertama lawatannya ke lima negara Asia.

    Pembantu Abe merasakan penting untuk menghiburkan Trump ketika kunjungannya ke negara itu, memandangkan kedua-dua pemimpin mempunyai hubungan yang baik. – Agensi/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Pikotaro Sambut Donald Trump "