• Pihak Berwajib Perlu Adil Agih Peruntukan Bajet 2018

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi sebagai bajet yang sangat komprehensif mencakupi semua aspek berkaitan negara.

    Beliau berkata, bajet tersebut seperti sebelum ini terus memberi penekanan kepada keperluan penduduk luar bandar.

    "Saya berharap pihak berwajib akan berlaku adil dalam pengagihan peruntukan supaya kita di luar bandar akan betul-betul merasai apa yang dihajati Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

    "Jangan ada ketirisan supaya bajet ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.

    Menurutnya lagi, kementerian yang mendapat peruntukan daripada Bajet 2018 harus memberi taklimat kepada wakil rakyat tanpa portfolio supaya mudah untuk menyampaikan secara terus keperluan dan permintaan rakyat di kawasan.

    "Kalau tidak saya khuatir bajet ini akan hanya sampai di kawasan menteri atau ahli kabinet," ujarnya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Pihak Berwajib Perlu Adil Agih Peruntukan Bajet 2018 "