• PH Akui Akan Bertanding Di 7 Parlimen Di Utara Sarawak

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+
    Pakatan Harapan (PH) mengakui akan bertanding ditujuh kerusi Parlimen di utara Sarawak merangkumi Bintulu, Miri dan Limbang pada Pilihanraya Umum ke14(PRU14) akan datang.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan Sarawak berkata tujuh kawasan di utara Sarawak iaitu di Bintulu, Hulu Rajang, Sibuti, Miri, Baram, Limbang dan Lawas.

    PH bagaimana pun hanya menyasarkan kemenangan di tiga daripada tujuh kerusi yang dipertanding.

    Pengerusi Jawatankuasa itu Dr Ting Tiong Chooon dari DAP berkata mereka berhasrat untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) di enam kerusi lain daripada BN yang mempunyai 31 kerusi Parlimen kecuali kerusi Parlimen Miri yang kini diwakili PKR.

    Beliau berkata demikian pada satu sidang media pada sabtu, yang turut dihadiri dua timbalan Pengerusi Jawatankuasa tersebut, iaitu Thor Danial dari Parti Amanah dan Dennis Along dari PKR berkata -Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PH Akui Akan Bertanding Di 7 Parlimen Di Utara Sarawak "