• Pesta Sebuyau 2017 Pada 27-29 Oktober

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Penganjuran Pesta Sebuyau 2017 tahun ini diharap dapat membantu mempromosikan Pekan Sebuyau yang merupakan salah sebuah Pekan yang terletak di persisiran pantai di negeri ini kata Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Haji Julaihi Haji Narawi.

    Katanya Pesta Sebuyau yang bakal berlansung di Pekan Sebuyau pada 27 Oktober hingga 29 Oktober ini agak unik kerana ianya melibatkan beberapa aktiviti utama seperti Regatta Sebuyau.

    “Uniknya Regatta Sebuyau ialah, kita mempunyai Piala Raja Laut.

    “Biasanya, kita ada Raja Sungai menjadi rebutan di pusingan akhir, tetapi oleh kerana kita mempunyai lokasi bermulanya lumba perahu dari Laut Cina Selatan masuk ke dalam sungai sebuyau dan dimana garisan penamatnya adalah berhadapan 'Whalf', jadi kita namakan Piala itu, Raja Laut.

    “Kali ini Raja Laut akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta piala,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu.

    Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena Pesta Sebuyau 2017 di Wisma Sumber Alam, di sini sebentar tadi.

    Julaihi yang juga penaung pesta tersebut berharap dapat menarik lebih ramai peserta-peserta mengambil bahagian dalam Regatta Sebuyau nanti.

    Selain itu, menurutnya lagi, ada beberapa aktiviti sampingan seperti forum khas yang akan diadakan pada malam 21 Oktober 2017, di Pekan Sebuyau.

    “Dimana kita menjemput seorang penceramah terkenal untuk memberi ceramah khas pada hari tersebut,” katanya.

    Justeru, tambahnya, pesta yang seumpama ini, memberi peluag kepada peniaga-peniaga Pengusaha Kecil Sederhana untuk melibatkan diri dalam peniagaan.

    “Inilah peluang dimana mereka boleh berniaga menjual pelbagai produk samada dari dalam ataupun luar untuk diniagakan.

    “Kita juga berharap ianya menjadi penggerak kepada ekonomi setempat kerana telah membuka runag untuk berniaga.

    “Saya percaya ini sedikit sebanyak boleh menggerakkan ekonomi tempatan dan ekonomi kawasan sekitarnya.

    Beliau menjangka kehadiran pengunjung kali ini akan bertambah berbanding kira-kira 20,000 bagi tiga hari berpesta tahun ini memandangkan penggunjung boleh menggunakan jambatan Batang Sadong untuk ke Sebuyau. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pesta Sebuyau 2017 Pada 27-29 Oktober "