• Pesawat Terlanggar Helang, Arnab Berpatah Balik

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    MELBOURNE - AUSTRALIA. Sebuah pesawat bukan sahaja terlanggar seekor helang, malah seekor arnab juga menjadi korban.

    Menurut laporan Telegraph, pesawat Virgin Australia penerbangan VA-319 menuju ke Brisbane dari Melbourne terlanggar helang tersebut yang sedang mencengkam makanannya, seekor arnab.

    Ketika kejadian, pesawat tersebut berada pada ketinggian 5,000 kaki dan kedua-dua haiwan berkenaan terkena enjin pertama pesawat berkenaan.

    Pesawat yang membawa 174 penumpang tersebut bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat.

    Penerbangan berkenaan juga dibatalkan sejurus selepas kejadian tersebut.

    Ia bukanlah kejadian pertama pelanggaran pesawat dengan dua jenis haiwan berbeza.

    Pada 1987, pesawat Alaska Airlines terlanggar seekor helang dan seekor ikan. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Terlanggar Helang, Arnab Berpatah Balik "