• Pesawat Dilanggar Dron Di Kanada

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    MONTREAL - Sebuah pesawat penumpang selamat mendarat selepas dilanggar dron dalam satu insiden yang berlaku baru-baru ini.

    Menurut Menteri Pengangkutan Kanada, Marc Garneau dalam satu kenyataan hari ini, kejadian itu melibatkan sebuah pesawat penumpang Skyjet ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Lesage di Quebec City.

    “Ini merupakan kali pertama dron melanggar sebuah pesawat penumpang dan semua pihak berasa lega pesawat itu hanya mengalami kerosakan minimum dan selamat mendarat tanpa penumpang cedera,” katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Dilanggar Dron Di Kanada "