• Pesawat AirAsia mendarat cemas di Perth

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    SYDNEY: Penerbangan pesawat AirAsia dari bandar Australia Barat, Perth ke Bali terpaksa membuat pendaratan cemas pada petang semalam selepas mengalami masalah tekanan dalam kabin sebaik berlepas kira-kira 25 minit, lapor agensi berita China, Xianhua.

    Kira-kira 151 orang di dalam pesawat selamat tanpa sebarang kecederaan selepas pesawat kembali ke Lapangan Terbang Perth.

    Beberapa penumpang di dalam pesawat QZ535 itu memberitahu media tempatan bahawa "kami fikir kami akan mati" apabila kapal terbang itu turun dari ketinggian 32,000 kaki kepada 10,000 kaki.

    "Corong udara terkeluar dan semua orang mula cemas," kata Leah dari Perth. "Kami seperti ucap selamat tinggal antara satu sama lain. Ia memang benar-benar mengecewakan."

    AirAsia berkata, kejadian berpunca daripada "isu teknikal". "Keselamatan tetamu kami adalah keutamaan kami."

    "AirAsia Indonesia memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."

    Baru-baru ini, sebuah pesawat AirAsia terpaksa mendarat cemas di Perth berikutan masalah enjin selepas 90 minit berada di udara ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur dan pada Julai lalu, gangguan burung menyebabkan pesawat AirAsia terpaksa kembali ke Lapangan Terbang Brisbane. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat AirAsia mendarat cemas di Perth "