• Pesakit Tonton Filem Ketika Otak Dibedah

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    GUNTUR - INDIA. Pakar-pakar bedah di Hospital Pakar Tulasi Multi, Guntur menayangkan filem popular untuk mengalihkan perhatian pesakit ketika membedah otaknya.

    Menurut laporan Times Of India, pembedahan tersebut dijalankan keatas seorang jururawat, Vinaya Kumari, 43.

    Vinaya yang disahkan menghidap tumor di bahagian otak terpaksa dibedah dan doktor memerlukan beliau sedar sepanjang tempoh pembedahan.

    Untuk itu, doktor dan pakar menyediakan filem 'Baahubali 2' untuk tontonan Vinaya dalam pembedahan 21 September lalu.

    "Dalam pembedahan ini, adalah penting pesakit berada dalam keadaan sedar dan filem ini berjaya melakukan perkara itu," kata Dr Srinivas kepada Times Now.

    Kata doktor lagi, Vinaya langsung tidak panik sepanjang proses pembedahan malah menikmati tontonannya.

    Pembedahan tersebut yang berjalan dengan lancar digelar 'Baahubali Brain Surgery' sempena nama filem tersebut.

    "Pembedahan berlangsung kira-kira satu dan setengah jam, saya sebenarnya berharap pembedahan berlangsung lebih lama supaya saya boleh menghabiskan keseluruhan filem," kata Vinaya kepada News18. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Pesakit Tonton Filem Ketika Otak Dibedah "