• Pertumbuhan Ekonomi Nasional Tuntut Graduan Bidang Teknikal & Kemahiran

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    MIRI: Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan kemahiran,kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Menurutnya, tugas paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan yang perlu di anjak ke alam Revolusi Industri 4.0.

    "Penekanan terhadap penambahbaikan kualiti pendidikan bidang kemahiran penting bagi melahirkan modal insan berkemahiran, berpengetahuan dan berinovatif," katanya melalui tekas ucapan yang dibacakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

    Beliau menjelaskan, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang boleh diisi anak tempatan Sarawak.

    "Pembangunan sumber manusia perlu setanding dengan keperluan dalam SCORE dan pada masa sama, dapat mengurangkan penghijrahan tenaga kerja tempatan ke luar negara," ujarnya seperti dilaporan Utusan Borneo.

    Tambahnya, kerajaan negeri telah mewujudkan U-SCORE bagi mengenalpasti dan merancang kursus-kursus dan latihan teknikal yang diperlukan dalam industri yang terlibat dengan SCORE.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pertumbuhan Ekonomi Nasional Tuntut Graduan Bidang Teknikal & Kemahiran "